maaf jika tajuk agak kurang selesa bagi anda para wanita jika membacanya..tapi hati ini tidak dapat terima penderaan terhadap seorang bayi yang masih kecil,apa salah bayi ini sampai dibuat sedemikian rupa..even dia buat salah pn.,.dia tidak tahu apa-apa2..yang kita dewasa nie yang bertindak macam seorang yang sewel tue kenapa?apa komen anda?
Rabu, 9 Mei 2012
Ahad, 6 Mei 2012
Tolong cari anak saya
Itu kata-kata dari seorang emak yang anaknya lari dari rumah..atas sebab apa..wallahualam..
yang penting..kita sebagai blogger tolonglah sama2 sebarkan berita ini..sila war-warkan kepada semua..
yang penting..kita sebagai blogger tolonglah sama2 sebarkan berita ini..sila war-warkan kepada semua..
Siswa ganas menyerah diri
Oleh ATIKAH DALI
atikah.mohddali@kosmo.com.my
atikah.mohddali@kosmo.com.my
BEGINILAH kelakuan ganas peserta
yang menterbalikkan kereta polis pada perhimpunan haram Bersih di Kuala
Lumpur pada 28 April lalu.
|
KUALA LUMPUR - Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam yang merupakan antara 91 individu yang dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung rusuhan pada perhimpunan haram Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April lalu ditahan polis semalam.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, Khalid Mohd. Ismath, 22, ditahan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada pukul 10 pagi ketika datang bersama ibu bapanya, Junaidah Mohd. dan Mohd. Ismath Habib Mohamad serta peguamnya, Nasar Khan.
Junaidah dan Mohd. Ismath merupakan pesara kakitangan awam.
"Pelajar terbabit kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras untuk siasatan lanjut dan perintah tahanan reman akan diambil jika siasatan belum selesai," katanya.
Jelas Mohmad, pelajar jurusan undang-undang itu diminta datang memberi keterangan kerana membuat ugutan terhadap anggota polis menerusi laman Facebook dan menyerang seorang anggota polis trafik pada hari perhimpunan haram Bersih tersebut.
Dalam kejadian itu, pelajar terbabit dirakam menendang anggota polis trafik yang terjatuh daripada motosikalnya ketika bertugas dalam Ops Aman yang dihadiri kira-kira 25,000 orang.
Izzam Syafiq liar dalam Chow Kit
![]() |
|
MELAKONKAN watak Ajik,
remaja liar yang tinggal di jalanan memberi ruang kepada Izzam Syafiq
muncul sebagai pelakon remaja yang dilihat menonjol menerusi filem Chow Kit.
|
'MAK-MAK jangan mainlah brother.' Cukup dengan sekadar sepotong dialognya menerusi video promosi filem Chow Kit yang kerap tersiar di kaca televisyen, wajah remaja belasan tahun ini kuat mendesak perasaan ingin tahu. Sifat semula jadi, lakonan bersahaja dan bersilih emosi menerusi Chow Kit juga segera memberi petunjuk, seorang pelakon generasi baharu sedang dilahirkan.
Di luar set, Mohamad Izzam Syafiq, 14, agak pendiam, dia ketara berbeza berbanding lakonan yang meninggalkan kesan menerusi filem arahan Dhojee dan Brando Lee itu. Pelajar Tingkatan Empat, Sekolah Menengah Kebangsaan Ideal Heights, Bukit Idaman, Selayang itu juga tidak lahir dari keluarga seni dan Chow Kit satu-satunya naskhah yang menjadi titik mula permulaan buatnya.
"Ini merupakan kali pertama saya berlakon dan saya berasa sangat teruja untuk berlakon dengan pelakon-pelakon hebat seperti Beto Kusyairi, Dira Abu Zahar dan Namron. Sudah tentu saya amat bersyukur kerana diberikan peluang untuk menonjolkan bakat yang ada," katanya yang hanya mahu dibahasakan Ijam.
Melakonkan watak Ajik, remaja yang menjadikan lorong-lorong gelap di Jalan Chow Kit sebagai kehidupan, jelas Syafiq, dia mulanya agak kekok untuk bermaian karakter Ajik.
"Ajik sangat bertentangan sifat saya. Ajik seorang yang anak yang liar, kaki pukul, samseng dan suka mencarut. Saya pula lebih gemar menyendiri, tidak banyak cakap dan pemalu.
"Mula-mula, saya memang takut dan menggeletar bila diminta beraksi depan kamera, tapi lama-lama ia jadi pengalaman yang sangat seronok. Saya sendiri dapat rasakan pergolakan yang sedang dilalui oleh Ajik.
"Apabila kawan baik Ajik, Tika dirogol oleh Mat Pyius, sebagai kawannya, saya (Ajik) berasa sangat terkilan dan mahu menuntut bela," kata Syafiq yang berterima kasih kepada dua pengarah filem itu, Dhojee dan Brando Lee yang memberikan tunjuk ajar sehingga Ajik terpacul daripada raut wajahnya.
Selain Syafiq, filem yang ditayangkan sejak 3 Mei itu turut memperkenalkan tiga lagi pelakon cilik berbakat besar, Nur Nadzirah Rosi, Muhamad Izzam Izzudin dan Muzhaffar Shah Hazhar.
sumber : kosmo
Ibu Azmin Ali luah perasan...
Di tv sudah. Di portal online pun
sudah.Ibu Azmin Ali akhirnya muncul di television dan media arus
perdana memberikan serba sedikit pandangan nya berhubung kes yang
menimpa ke atas anak sulungnya baru2 neh.
Luahan Ibu Azmin boleh di ikuti di bawah neh ;
” Bila mengenangkan perbuatan Azmin, hati makcik hancur,"” Pada pagi hari raya itu kebetulan Ummi Hafilda juga ada di rumah saya…melihat saja kehadiran Ummi Hafilda, dia terus memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat.” Malah di pagi yang mulia itu juga, dia memberitahu anak-anaknya supaya jangan duduk di atas kerusi di rumah saya kerana kononnya ia belum ‘disamak’, Azmin juga tak bagi anaknya menjamah makanan yang dihidangkan kerana menuduhnya ‘benda haram’.” Bila saya tegur kenapa dia sanggup berkata begitu terutama kepada adik perempuannya itu sedangkan Ummi Hafilda juga adalah darah dagingnya sendiri, jawab Azmin, darah dagingnya hanyalah Anwar Ibrahim,” kata Che Tom sambil menahan sebak.“Setiap kali selepas solat, saya akan berdoa dengan Allah agar membebaskan anak lelaki saya daripada Anwar dan beliau kembali ke jalan yang benar,” katanya.“Namun ia lebih menyakitkan apabila melihat anak saya meninggalkan kami,” kata Che TomKetika ditanya mengenai tuduhan terbaru yang dilemparkan ke atas Azmin, Che Tom berkata dia tidak tahu sama ada ianya benar atau sebaliknya.Tetapi beliau mengakui cukup tertekan apabila masyarakat sekeliling bercakap mengenainya, malah telefonnya juga asyik berbunyi apabila ramai sanak saudara dan kenalan bertanyakan hal itu.” Bagi makcik mudah, kalau betul dia rasa dia di pihak yang benar, saman mereka, bersumpah dengan nama Allah untuk membersihkan namanya itu,” kata Che Tom.
” Saya tak pernah ajar Azmin untuk jadi seperti sekarang, saya malu kepada masyarakat,” katanya.Namun biar apapun yang terjadi, tambah Che Tom, dia tetap sayangkan Azmin.” Saya tak akan buang dia, dia tetap anak saya yang saya bela dari tapak kaki dua jari. Baliklah ke pangkal jalan dan bertaubatlah,” -MNH-
Apa yang berlaku? Betul ke kata2 ibu
Azmin Ali? Adakah benar ibu azmin ali dipengaruhi? Layak ke kita kutuk2
ibu dia? Wajar kah kita kata ibu dia kena beli? Baca skrip? Ibu fitnah
anak? Ibu dah berpolitik?
Ini pandangan ikhlas aku.
1. Kita masing2 ada mak. Memang normal
lah kalau mak kita sayang kita. Dan memang normal juga kalau mak kita
marah kita setelah dipengaruhi oleh adik beradik kita yang lain. Apsal
pengalaman neh macam pengalaman aku jek? Hahahaha..
2. Jadilah manusia yang berterus
terang. Azmin ali patut terus terang jek dengan mak dia. Salah, betul,
fitnah, tulen, rekaan, edit, super impose atau apa, bercakaplah
sejujurnya dengan ibu sendiri. ** Jangan cenderung menyalahkan orang
lain kalau diri sendiri tak pernah nak berterusan membetulkan hubungan
dengan ahli keluarga sendiri. [Ini cuma satu pandangan, bukan menuduh
azmin ali bersikap sedemikian].
3. Langkah tepat ialah, jumpa mak,
berbincanglah dari ahti ke ahti. Berbincang semua sekali. Jangan
terlepas walaupun satu. Kalau sungguh nak bersihkan nama, maka
berbaik2lah dengan ibu sendiri terlebih dahulu.
Jangan sesekali lupa bahawa syurga di
bawah tapak kaki ibu. Wajib kita patuh kepada ibu, wajib selagi mana
dia tak menyeru kita kepada perkara2 yang berdosa. Masyarakat kita
memandang orang yang derhaka pada ibu ialah orang yang jahat.
Aku juga mempunyai persepsi yang sama
walaupun aku baru sahaja derhaka kepada ibu aku bila join bersih 3 ari
tue. Tapi, macam aku kata, sewajarnya kita terus terang dan berbincang
semua sekali kepada orang tua. Kadang2 mereka neh tak faham, disinilah
peranan kita sebagai anak untuk fahamkan dia. Kalau kita takde usaha
untuk fahamkan dia, jangan sesekali marah kalau si ibu tak pernah nak
faham kita.
Semoga azmin ali boleh lah mengambil langkah2 alternatif untuk menyelamatkan keadaan.
Sozcyili : Ibu mana tak sayang anak..
sumber : http://sozcyili.blogspot.com/2012/05/ibu-azmin-ali-luah-perasan.html
Tipu-tipu 1malaysia sampai terkantoi.
Tipu sana dan tipu sini. Tipu punya
tipu sampai terkantoi. Lihatlah apa yang dialami oleh NST baru2 neh.
Mungkin ada yang tahu dan mungkin ada juga yang tidak tahu apa yang
berlaku kerana sudah semestinya media arus perdana seperti tv3 dan
lain2 tidak akan menyiarkan berita neh di dada akhbar mereka.
Lihat bawah neh ;
Ini ada dua laporan berita. Sebelah kiri laporan NST dan sebelah kanan laporan dari akhbar aussie. Apa yang berlaku sebenarnya?
1. Pada 28 april, senator aussie telah hadir ke malaysia sempena bersih 3. Dia hadir sebagai pemerhati bebas.
2. Senator yang dimaksudkan ialah Nicholas Xenophon.
3. Sejurus selepas bersih 3 berlalu,
senator aussie tersebut telah memberikan pandangan nya mengenai bersih
3 yang jelas tidak berapa nak memihak kepada kerajaan dan pdrm.
4. Dan selepas itu, NST akhbar yang
kita semua sedia maklum pro BN, telah mengeluarkan satu laporan
pemberitaan yang palsu yang mana sedang menanam persepsi bahawa
Nicholas Xenophon seseorang yang anti-ISLAM.
Lihat ruangan yang telah dihightlightkan.
5. Sedangkan hakikatnya Nicholas bukan
anti islam dan apa yang terkandung dalam hansard parlimen aussie ialah
mengenai SCIENTOLOGY, namun NST telah bertindak mengantikan perkataan
SCIENTOLOGY kepada ISLAM.
6. Ini sekaligus telah menimbulkan
kemarahan senator aussie kerana NST bertindak memutarbelitkan fakta dan
sengaja menanam kebencian orang islam malaysia terhadapnya hanya
semata2 dia memberikan respon peribadi mengenai BERSIH 3.
7. Disebabkan perkara ini berkaitan
dengan kepimpinan najib maka ia menjadi kecoh dan panas di media
aussie. Ini kerana, sebelum neh media aussie ialah media yang
bertanggungjawab membocorkan hal mengenai pembelanjaan mewah anak najib
dan rosmah mansur sebelum di arah minta maaf dan tutup mulut.
8. Senator Aussie juga mendesak media
tersebut [NST] meminta maaf secara terbuka dan menarik laporan berita
tersebut yang disifatkan sebagai palsu dan cubaan berniat jahat
terhadapnya.
9. NST akhirnya padam laporan tersebut dan meminta maaf secara terbuka kepada senator yang dimaksudkan.
Lihatlah. Bagaimana rakyat diasuh untuk
membenci mereka2 yang bukan beragama islam. Lihatlah, adakah ini satu
malaysia yang dijaja2 ke atas setiap minda rakyat malaysia? Fikirkan.
Updated ;
Senator Australia telah menyaman media NST berikutan penyiaran berita palsu terbabit.
Updated ;
Senator Australia telah menyaman media NST berikutan penyiaran berita palsu terbabit.
Sozcyili : Asyik kantoi jek.
sumber : http://sozcyili.blogspot.com/2012/05/tipu-tipu-1malaysia-sampai-terkantoi.html
(17 GAMBAR)Majlis Pernikahan Awal Ashaari Dan Scha Al Yahya
Untuk peminat Awal dan Scha, Abang Nara bawakan kepada anda 17
keping lagi gambar sekitar majlis pernikahan mereka yang telah
berlangsung semalam. Nantikan gambar majlis malam berinai besar dengan
pakaian serba hijau tidak lama lagi.

Lagi 16 keping gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Ryaniez Moments Photography dan Beautifulnara.com
















Lagi 16 keping gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Ryaniez Moments Photography dan Beautifulnara.com















Langgan:
Catatan (Atom)















