Menurut Kajian Pakar, Murid Lebih Pandai Jika Guru Miliki Rupa Paras Menarik



Dalam kajian itu, pasukan saintis berkenaan me­minta seramai 131 pelajar kolej mendengar satu kuliah audio.


Semasa mendengar kuliah sama, mereka dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan diberikan gambar guru yang menawan dan kumpulan lain mempunyai gambar guru berwajah kurang menarik.



Mereka kemudian mengambil satu ujian. Kumpulan pelajar yang menyangka guru mereka mempunyai rupa paras menawan mendapat keputusan lebih baik berbanding kumpulan sebaliknya.

“Kajian mendapati rupa paras (guru) memainkan peranan dalam pembelajaran yang sebelum ini terlepas daripada perhatian,” kata seorang saintis berkenaan, Profesor Murray Miller.

Para pelajar berkenaan katanya, mendapati guru yang menarik menjadikan mereka lebih bermotivasi dan mudah memahami apa yang disampaikan.




Sumber: Agensi
Comments
0 Comments
0 Komentar untuk "Menurut Kajian Pakar, Murid Lebih Pandai Jika Guru Miliki Rupa Paras Menarik"

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Copyright © 2014 mediasiber - All Rights Reserved
Template By Catatan Info