Dalam proses penceraian, Lelaki Ini Tergamak Kelar & Tikam Isteri Dengan Pisau Pemotong Sayur..



Seorang lelaki berusia 24 tahun sedang diburu polis kerana disyaki menikam isterinya dalam kejadian di pasar raya kelmarin, lapor Harian Metro.

Dalam kejadian jam 9.30 malam di sebuah pasar raya di Persiaran Dahlia 2, Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang, Johor Bahru, mangsa berusia 21 tahun cedera ditikam di bahagian leher, bahu dan dada.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Norazam Shaari berkata, siasatan awla mendapati mangsa dan suaminya dalam proses perceraian dan pihaknya masih menjalankan siasatan serta pihaknya sedang mengesan suspek.



Mangsa dihantar ke Unit Kecemasan Zon Merah Hospital Sultan Ismail (HSI) selepas kejadian itu.



Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan polis.

Video dan gambar kejadian itu turut viral di media sosial semalam yang dimuat naik oleh ahli saudara mangsa yang meminta bantuan orang ramai mengesan lelaki terbabit.

Sumber: The Reporter
Comments
0 Comments
0 Komentar untuk "Dalam proses penceraian, Lelaki Ini Tergamak Kelar & Tikam Isteri Dengan Pisau Pemotong Sayur.."

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Copyright © 2014 mediasiber - All Rights Reserved
Template By Catatan Info