Salam diucapkan kepada semua pembaca,petang ini heboh satu gosip yang mengatakan pengacara TV3 kesukaan ramai,puan Nurul Syuhada Nurul Ain sudah meletak jawatan,betulkah cerita ini atau hanya sekadar cerita dipetang hari?
Menurut laporan dari blog mynewshub,dipetik dari satu sumber yang diperolehi,Nurul sudah menghantar satu notis perletakan jawatannya yang dipercayai akan berkuat-kuasa hujung bulan ini.Berikut adalah maklumat dari sumber itu.
“Tidak dapat dipastikan sama ada perletakan jawatan itu ada hubung kait dengan krtikan beberapa pihak atas kenyataan Bintulu daif yang dibuatnya baru-baru ini atau sebab mendapat tawaran kerja yang lain,” katanya sumber berkenaan.
Baru-baru ini Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) telah mengeluarkan kenyataan meminta Nurul agar membuat permohonan maaf secara terbuka diatas kenyataannya semasa mengacarakan satu program lintas langsung stesen itu yang mengatakan Bintulu sebagai sebuah kawasan yang daif.
Berikutan dari kesilapan atau kenyataan itu,Nurul telah mendapat kencaman yang hebat.
Bagaimanapun,apa yang saya respek,beliau tetap tenang dan bersikap profesional biarpun berdepan dengan dugaan itu dan telah membuat permohonan maafnya dengan mengakui tersilap cakap.
Manakala pihak majikan Nurul,iaitu TV3 juga sudah membuat tindakan yang sama,iaitu memohon maaf.
Tindakan atau kesilapan Nurul itu kemudiaannya telah diterima oleh semua pihak masyarakat termasuklah penduduk Sarawak sebagai satu kesilapan yang tidak disengajakan.
nota : Tidak ada sesiapa pun yang sempurna didunia ini,kita sebagai manusia tidak boleh lari dari melakukan kesalahan yang penting kita sedar akan kesalahan kita dan memperbaiki kesalahan tersebut.Pandangan peribadi dari saya,saya juga terima permohonan maaf Nurul kerana rasanya benda ini tidak perlu diperhebohkan lagi.Biarlah ianya menjadi satu pengalaman hidup bagi Nurul dan kita semua.amin