Ramai wanita kini sudah hilang harga diri



Ramai wanita kini sudah hilang harga diri | Saya percaya, ramai kaum wanita yang marah dengan tajuk perbincangan saya kali ini. Marahlah!! Kenyataan saya ini adalah satu hakikat. Kenapa? Sebab terlalu ramai wanita kini, tak kira remaja atau dewasa, dara atau isteri orang ataupun janda, selalu tampil dalam pakaian yang bertelanjang. Apa maksud pakaian yang bertelanjang? Saya yakin, ramai yang faham maksud saya.Ya!! Berpakaian tetapi dalam masa yang sama mendedahkan anggota badan yang tidak patut didedahkan. Jika dulu sekadar kain belah, berpakaian kain singkat setinggi paras lutut atau memakai pakaian yang berlengan pendek hingga menampakkan lengan atau ketiak. Kini, pakaian yang dikatakan mengikut fesyen terkini hampir menelanjangkan kaum wanita yang memakainya. Dah banyak kes sebegini yang saya jumpa.

Hujung minggu baru ni, saya ke sebuah pasar segar berhambiran rumah saya. Ketika beratur di kaunter bayaran, terdengar suara seorang wanita awal 20-an menyoal tentang tanda harga kepada seorang pekerja kaunter sebelah saya. Saya memandang, sekadar nak kenal pemilik suara. Terkejut dan tiba-tiba saya rasa amat malu kerana terpandangkan pakaiannya: bajunya pendek menampakkan pusat dan pinggang seluarnya berada di bahagian bawah perut. Sungguh, jika tertarik sikit sahaja pun, pasti akan menampakkan alat sulitnya. Ya Allah!! Terasa kudung kepala saya tika itu. Dalam cubaan bersahaja, lelaki yang disoal wanita tadi tiba-tiba bersuara: seluar kau dah londeh tu. Kang aku naik geram, jangan nak salahkan aku pulak!! Ya Allah!!! Saya rasa macam nak lari sahaja dari situ. Malu… malu sangat!! Tapi wanita tadi, saya dengar tergelak manja. Astaghfirullah!! Apa dah jadi? Ke mana perginya rasa malu di dalam diri?

Semalam, dalam perjalanan balik dari kerja, ketika bergerak perlahan dalam kesesakan jalan raya, melintas di hadapan kereta kami (saya dan adik-adik berkongsi kereta) sebuah motosikal yang dinaiki oleh seorang lelaki dan seorang perempuan muda. Wanita muda tersebut memakai baju pendek dan seluarnya pula menampakkan belahan lubang duburnya ketika membonceng motosikal tersebut. Sungguh! Kalau dimasukkan sebatang pen, pasti akan terlekat kuat dan tak jatuh walau motosikal dipandu laju. Adik saya yang memandu kereta berusaha ingin mengejar motosikal tersebut, nak khabarkan lubang duburnya dah dilihat orang tapi, mana mungkin sebuah kereta dapat menegjar motosikal tika kesesakan sedemikian.

Itu dua kes yang terdekat. Sebelum ini pun dah banyak kali saya nampak. Cuma sejak kebelakangan ini makin banyak pula kes wanita berpakaian tetapi bertelanjang dan membuatkan saya berfikir, ke mana perginya harga diri anda sebagai wanita? Kenapa nak dedah? Cantik sangatkah punggung anda tu? Lawa sangatkah pusat anda tu? Itu belum lagi yang sesenang hati mendedahkan belakang badan, bahagian dada malah bahagian paha? Allahu akbar!! Tak ada lagikah rasa malu di dalam diri? Yang paling menyedihkan, kebanyakan yang berpakaian tetapi bertelanjang ini adalah wanita Melayu yang kebanyakannya tahu dan faham sangat dengan hukum menutup aurat? Kalau lah tak nak ikut saranan hukum syarak agar menutup aurat pun, berpeganglah dengan prinsip budaya timur yang terkenal dengan adab dan sopan!!

Kalau dah berpakaian mendedahkan alat sulit sendiri, sopan apa lagi?? Ada pulak yang berpakaian dan cantik menutup semua aurat yang wajib ditutup tetapi berpakaian ketat hingga menampakkan bentuk badan. Kalau yang kering tu, tak la ngeri sangat. Tapi ada yang berbadan besar dan gempal. Bak kata Mr Os dalam sebuah filem tika saya remaja dulu (tak ingat apa tajuknya): dia punya ‘bumper’, kalau buat kari, 10 biji kelapa pun tak cukup… dah susuk badan macam tu, masih lagi nak berpakaian mengikut bentuk badan!! Seramnyaaa!!!

Jangan salah faham…. saya bukan menghina! Apa yang saya bincangkan ini adalah satu hakikat, satu kebenaran. Saya sendiri bersusuk badan besar, bertudung labuh menutup dada tetapi jika sesekali angina bertiup hingga pakaian melekat di badan, saya dah kalut nak betulkan! Kenapa? Sebab saya malu menampakkan susuk badan saya. Kalau mempunyai susuk tubuh badan yang cantik pun, tak perlu nak tunjukkan kepada umum. Cukuplah pamerkan kecantikan tersebut kepada suami anda.

Mungkin ada yang berpandangan: alaa, ada kes perempuan pakai tudung pun kena rogol jugak!! Ya! Saya akui kebenaran tersebut. Tahukan anda, kenapa jadi begitu? Sebab sikap dan perangai wanita yang tak ada harga diri, sesuka hati mendedahkan aurat dan susuk badan mereka kepada lelaki ajnabi. Dah kalau anda dah selalu dedah dan pamerkan, manalah nak tarikh perhatian lagi sebab dah tak ada harga!! Rasa teringin yang anda mulakan di dalam naluri lelaki jahat inilah, dilampiaskan kepada wanita-wanita yang berusaha menjaga maruah dan harga diri. Sebab itulah ada kes wanita bertudung menjadi mangsa seks lelaki buas. Jika tidak ada yang mendedahkan, takkan ada keinginan berunsur kebinatangan di dalam diri lelaki!!

Tak perlulah nak dedah lagi!! Tak guna buat pameran percuma, lelaki tengok pun tak teringin nak pilih anda sebab dah pasti, terpaksa berkongsi dengan lelaki lain! Ya lah!! Lelaki lain pun boleh tengok? Apa lagi yang istimewanya?? Lantas… jika bukan anda yang menjaga harga diri anda sendiri, siapa lagi!!

Sumber: Suzana Ghazali via halimislam
Comments
20 Comments
20 Komentar untuk "Ramai wanita kini sudah hilang harga diri"

Bile ditegur kne marah plk tu haishhhh

pakai tudung pun tak guna kalau baju ketat nampak bentuk badan... kadang-kadang malu bila kawan non-muslim tanya, bukankah Islam menjaga aurat wanitanya? Astaghfirullah....

TOTALLY AGREE!
UNDENIEABLE!

Setuju sangat..
Yang pakai tudung kene rogol tu tengok mcm mana dia b'pakaian..
Kalau keluar bandar selalu nmpak awek2x mcm tu kena sweet2 dgn lelaki2x lepak...
Yang pakai baju loose and tudung labuh or even more pakai jubah..
Yg laki2x lepak nak tegur pun segan..
The fact is, Islam itu agama yg melindungi.. korang yg mengundang sendiri bahaya..

boleh percaya ka penulis ni? jgn2 dia yg lebih...malu konon...kihkihkih tapi itulah hakikat sekarang ni!!

apapun...penulis cuba sampaikan apa yg benar dan nasihat dia berguna pada yg bertudung atau pn free hair...fikirkan la......

Agama itu nasihat. Sapa tak terima nasihat bermakna dia tak .....

tuan tanah baik macam mana pun kamu cakapla elok2..pakai bahasa yang baik2...dgr cerita macam awak ni owng alim...lelaki pun kena mainkan peranan iman mesti kuat, sebab tu lelaki kena kuat solat n mengaji ni solat pn tunggang langgang nak suruh pmpn pakai tudungla bla bla bla

KISAH PENULIS NI UTK D JADIKAN PERINGATAN DAN IKTIBAR BKN UTK SALAH KAN LELAKI ATAU PEREMPUAN APA LA YG BEB SANGAT ORG ATAS NI

X NK PAKAI TUDUNG PON X PA X WAJIB PON PAKAI TUDUNG.. ISLAM MENYURUH KITA TTP AURAT.. PAKAI KAIN LANGSIR PON BLEH KALU X NK PAKAI TUDUNG, ASALKAN TTP AURAT..

ajaran islam sgt mudah.tp yg nk ikut tu susah kenapa?? sebab tak gunakan akl yg deri tetapi guna nafsu utk kepuasan diri.. malu mmg kena ada utk setiap org, lau tak malu tu bkn org la kut?bersama renung2kan bkn menyalahkan...berfikir lah wahai anak adam2.....:)

SIAPE PUN PENULIS INI..APE PUN SIKAP DIE..KITA JGN PRTIKAI KAN ...SBB DIE TELAH BERKONGSI ILMU, DAN TELAH MYAMPAIKAN APE YG DI SURUH OLEH ALLAH S.W.T.TIME LAA DGN ATY YG RELA:)....SBGAI KAUM HAWA,BERASA BERUNTUNG MSIH ADE LG RAKAN2 SPERTI PENULIS MENEGUR DAN MENASIHATI SESAMA KAUM NYA:)

AMBIK POSITIF LA ORG BG NASIHAT UMUM.

masalah manusia pabila ditegur akan ada shaje jawapan malah tidak berfikir adakah prkara itu benar atau tidak.jika saling menyalahi bila islam akan bersatu.. lagi pun tidak akan ada seorng dapat menggubah sesuatu kaum melainkan dia merubah dirinya sendiri. minta maaf sebab komen dalam ni..assalamualaikum..

saya setuju dengan awak. siapa pn penulis nie, baik ke tidak dia nie, jgn dipandang semua tu, yang penting msg yg dia nk sampaikan kepada kita. Bagi saya, msg yg dia sampaikan perlu kita fikir sebelum nak judge apa yg dia sampaikan. terima kasih kepada anda kerana berkongsi pengalaman yg berguna kepada kaum wanita.

Nashrul kamal....pembetulan ye.....pakai tudung adalah wajib disertakn sekali menutup aurat.....ayat kn betul......nanti jadi dosa....saya insan biasa hanya tegur sekiranya tersilap....maaf

Sorry tegur , ayat nashrul kamal tu dah betol , yang wajib adalah menutup aurat , bukan bertudung ... Kerana tiada suatu hadith pon yang menyatakan tentang tudung...

Betul..penulis ni niatnya nk mengajar pd prmpuan2 melayu islam di luar sana utk menutup aurat..xkisah la ayt nye mcm mna pn..n xkesah la prngai sbenar penulis pn cmne pn..skurgnya bila dia mengingatkn kita tu dh ibadah nmanya..jihad islam..sbb org zmn skrg mne leh tego cra lembut..kena tego cra mcmni..bru leh 'masuk'..dan bab tutup aurat ttup rambut..yg wajib tutup aurat..bkn ttup rambut je..dan rambut adlh aurat so kena tutup...term kena faham...jgn jd salah faham..tq..

Prmpuan skung ni bkn je hilang harga diri,sblum kawin pun mmg dh hilang "dara"..fikirlah kaum hawa,sebelum korg kawin,ayah korg la yg tanggung dosa korg..xkesian ke kt ayah?jgn la pertikaikan org yg beri nasihat tu alim or x,at least dia dh kongsi ilmu..tq untuk info..sorry ye klau terslh kata..

Klu nak tunggu org yg sempurna & x penah wat salah nak bag nasihat x kan ada org mcm tu..slagi namanya manusia smuanye penah buat silap..cuba bersikap terbuka menerima teguran..

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Copyright © 2014 mediasiber - All Rights Reserved
Template By Catatan Info