Cerita Di Sebalik Gambar Pasangan Berkepit Di Tanah Suci



Cerita Di Sebalik Gambar Pasangan Berkepit Di Tanah Suci | Ada satu email menarik yang rasanya patut dikongsi bersama yang lain. Pernah tengokgambar berkepit di tanah suci seperti di bawah ni tak? Kali pertama tengok, timbul juga rasa pelik. Nak jatuhkan hukum pun aku tak tahu sangat sebab aku tengok gambar ni pada mulanya di facebook. Hanya gambar dan beberapa ayat negatif pasal gambar ni.

Selepas tengok gambar kedua, baru aku mula perhatikan bahagian yang dianak-panahkan tu. Sebelum ni memang tak perasan langsung pasal tu. Perasan tak?



Aku tak faham pun bahasa Arab di sebelah kanan tu. Tapi kalau mengikut kandungan email yang aku dapat, saudara tu dipapah oleh isterinya sebab kurang upaya. Tak tahulah mereka ni betul-betul suami isteri ke tak. Bagi aku, takkan pasangan bercinta nak bercanda di tanah suci kot. Mesti orang yang ingin berada di tempat macam ni dapat bezakan halal dan haram.

Kalau kandungan email ni betul, harapnya pasangan ni mendapat rahmatNya. Walaupun berkeadaan macam tu masih nampak usahanya untuk beramal. Sebagaimana yang selalu digunakan, don't judge a book by its cover!


Comments
0 Comments
0 Komentar untuk "Cerita Di Sebalik Gambar Pasangan Berkepit Di Tanah Suci"

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Copyright © 2014 mediasiber - All Rights Reserved
Template By Catatan Info