Luar Biasa! Manusia Yang Mempunyai Tanduk | Tanduk sering dikaitkan dengan makhluk seperti haiwan yang meragut rumput seperti kambing dan rusa. Namun begitu, hanya haiwan jantan yang memiliki tanduk. Tetapi kali ini ia agak memeranjatkan, masakan pula manusia mempunyai dua tanduk yang tumbuh di bahagian dahi. Adakah ia mempunyai satu genetik yang berbeza daripada manusia lain? Kita saksikan gambar pelik manusia bertanduk di bawah ini.
Seorang wanita China telah ditumbuhi sebatang tanduk menyerupai tanduk kambing di tepi kiri kepalanya. Tanduk wanita berusia 101 tahun dari Kampung Linlou, Wilayah Henan itu, Zhang Ruifang, bermula sebagai benjolan kecil di dahinya dua tahun lalu. Tanduk itu sudah tumbuh sehingga enam sentimeter panjang. Tanduk itu menyebabkan sakit pada kepalanya. a href=”http://melayukini.net/tag/manusia-bertanduk/” target=”_blank”>Manusia bertanduk itu memiliki tujuh orang anak, enam lelaki dan perempuan dengan anak paling tua berusia 82 tahun.
Pada tahun 2003, seorang wanita dari Zhanjiang, selatan China, didapati tumbuh tanduk sepanjang 12 sentimeter (sm) di dahinya. Para doktor bingung dengan keadaannya itu dan sekadar mengandaikan Xiou Ling menghidap masalah ketidakseimbangan hormon. Sesetengah pakar berpendapat pencemaran radiasi turut menyebabkan manusia ditumbuhi benjolan seperti tanduk.
Satu lagi kes manusia bertanduk berlaku pada seorang budak di negara barat. Menurut ibunya, rupa George seperti syaitan selepas dibedah. (B) WAJAH George sekarang. “Saya sudah cuba beberapa kali untuk memendek dan mencabut tanduk tersebut tetapi masih tiada perubahan berlaku, malahan semakin membesar,” katanya. Menurut lelaki itu lagi, tanduk tersebut belum menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti tumbuh. “Saya sudah berjumpa dengan banyak doktor tetapi punca kepada ketumbuhan ini belum diketahui. Mereka pernah beberapa kali mencabut tanduk tersebut tetapi ia tetap tumbuh semula,” kenang beliau.
Sumber: Berita Bulan