Cara Memeriksa Dan Menukar Minyak Hitam | Sebagai seorang pemilik kenderaan, kita perlulah sentiasa memeriksa dan menjaga minyak hitam kenderaan dengan baik. Tetapi setakat mana minyak hitam ini mampu untuk melindungi enjin? Bagi penjagaan enjin yang optimum, minyak enjin perlu diganti pada setiap 5,000 dan mungkin sehingga 8,000 kilometer bergantung pada jenis minyak enjin dan cara penggunaan kenderaan.
Penggunaan kenderaan yang lasak dan berat akan menyebabkan minyak kenderaan perlu ditukar lebih awal. Namun, jika kenderaan tidak digunakan dengan kerap, minyak hitam tetap perlu ditukar pada setiap 3 bulan bagi mengelakkan kerosakan pada enjin.
Bagaimana mahu memeriksa paras minyak enjin?
- Pastikan kenderaan anda tidak digunakan selama 24 jam.
- Buka hud depan kenderaan anda.
- Cari ukur celup kenderaan anda
- Tarik pengukur celup dan lihat takat minyak hitam.
- Perhatikan takat minimum dan maksimum, jika paras minyak hitam berada di bawah takat minimum, tambah minyak hitam.
- Jika minyak kelihatan agak hitam dan pekat, sila tukar minyak hitam anda.