Resipi Cara Masak Ketupat Sotong

Resipi Cara Masak Ketupat Sotong | Negeri kelantan memang cukup popular dengan masakan lauk-pauk yang manis. Seperti juga resipi yang saya ingin kongsikan bersama anda, ia adalah resipi turun-temurun oleh keluarga saya. Mari kita belajar membuat resipi Ketupat Sotong yang enak ini.

Bahan-bahan Masak Ketupat Sotong:

* 20 ekor sotong segar-sederhana besar-bersihkan. (untuk 5 orang makan)
* Beras pulut-angaran. basuh & toskan.
* 2 ketul gula melaka (biasa kalau guna gula Melaka warna sedikit cerah)
* santan dari satu biji kelapa
* Gula-ikut cita rasa masing-masing.
* Sedikit Garam
* Daun pandan 2/3 helai
* pengcukil gigi/lidi

Cara-cara Masak Ketupat Sotong:

Bersihkan sotong. Masukkan beras pulut yang telah dibersihkan hingga padat kedalam sotong yang telah dibersihkan.
Kepala Sotong disematkan kebadan sotong dengan pencungkil gigi agar pulut tidak terkeluar.
Susun kedalam periuk, dan masukkan santan dan simpulan daun pandan, gula melaka, Garam dan gula sambil dikacau sehingga mendidih.
Rasalah manis dan lemaknya. Angaran pulut masak adalah seperti kita memasak nasi.
Selamat mencuba! Untuk rasa yang lebih enak letakan hirisan halia dan hirisan bawang putih ke dalam pulut.


Comments
1 Comments
1 Komentar untuk "Resipi Cara Masak Ketupat Sotong"

wah...kena cuba nie...terima kasih kerana share resepi

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Copyright © 2014 mediasiber - All Rights Reserved
Template By Catatan Info