Akhirnya saya terpaksa juga teruskan kahwin dengan tunang saya tapi sebagai bini no.2. Sengsara saya terajadi dari malam pertama sampi aku tidur dlm bilik air.



Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kalau cerita aku ni diterima.Aku buat confessions ni sebab aku rasa nk share dengan korang semua apa yang aku rasa. Tengok tajuk pun mesti korang fikir. Bini kedua ni selalunya perampas. So aku nk cerita dulu mcm mana aku boleh dpt title ‘isteri kedua’. Umur aku masuk 25 tahun. So korang nk tahu macam mana aku dapat title ni? Suami aku kena tangkap basah dengan madu aku iaitu kawan kerja dia sedangkan kitaorg dh bertunang dan tinggal lagi 3 minggu nak nikah. Ya 3 minggu lagi gais. What a sad life. Aku dpt berita ni sebabkan aku dgn suami aku + madu aku(kwn kerja dia kan) kerja 1 company yang sama. Cuma beza aku kerja dalam office.

Dia n madu aku banyak travel dan diaorg 1 team. Masa malam dia kena tangkap basah tu aku mmg tak tahu la kan cuma aku ada rasa tak sedap hati bila dia tak call/msj aku 1 hari. Esoknya aku masuk office petang sbb aku halfday. Bila aku masuk je semua org dkt deptartment aku pandang aku dgn pandangan aku tak dapat tafsir. Aku mula ingt aku ada buat salah. Tapi tetiba dapat call dr manager HR suruh jumpa dia. Dari situ la aku tahu suami aku dah bernikah dgn madu aku. Aku ? Jantung aku gugur waktu tu. Tapi yang aku tahu air mata aku sikit pun tak jatuh gais. Cuma aku rasa remuk hati aku. Rasa sakit yang mana air mata pun tak mampu nk keluar. Oh ya masa kena tangkap basah tu diaorg tengah outstation la.

Mcm mana boleh jadi macam ni ? Aku rasa aku yang terlalu baik hati. Hahahaha. Hurmm.. baik hati mcm mana ??? Aku dah lama tahu madu aku suka dkt suami aku. Sbb aku perempuan. Kita perempuan ni sense dia lain sikit kan. Boleh tangkap dgn cepat. Tapi aku baik hati. Aku cuma ckp dgn suami aku. Hati2 jelah dgn madu aku tu. Jgn sampai tersuka bila dh kerja sama2 tu. Tapi tak sangka la tangkap cintan jgk diaorg berdua ni. Huhuhu. Aku tahu suami aku dulu suka tumpang kereta madu aku sbb suami aku pakai motor pergi kerja tapi kalau pergi luar negeri. Suami aku byk tumpang kereta kwn2 team dia.

Jadi madu aku salah sorangnya lah. Pernah jugak sekali madu aku jemput suami aku bawak pergi balik kerja around 1 bulan kot sbb suami aku punya motor rosak. Aku dengan rasa baik hatinyaaaaaa(skrg baru rasa kebodohan dia. Hahaha) okay je bila madu aku buat mcm tu. Katanya suami aku. Madu aku je yg sanggup nak jemput hantar dia. Aku ada fikir lain tapi aku tepis perasaan tu sbb aku rasa tu je jalan yg ada. Yelah aku pun tak nak fikir panjang sgt sbb nanti boleh bawak gaduh pulak dgn suami. Aku tak nak cerita panjang sgt pasal ni. Tapi inilah jgk antara salah 1 sebabnya diaorg boleh bercinta belakang aku.

So next apa yang berlaku lepas diaorg nikah tu. Mak ayah aku nak batalkan semua majlis dan keluarga pihak laki pun redha kalau aku nak batalkan. Tapi aku ? Baik hati lagiiiiiiiii(geram dgn diri sendiri hahahahahah) sebab nak jaga dua2 belah pihak punya muka. Aku mintak teruskannnnnnn. Yes gais. Aku teruskan. Bodoh sgt aku rasa. Aku tak tahu la kenapa aku boleh bertindak mcm ni. Cuma waktu tu aku byk mengalah. Mungkin sebab aku tak dpt fikir panjang dah. Aku tak nak semua malu. Aku tak nak menyusahkan siapa siapa. Jadi aku tetap teruskan pernikahan aku dgn suami aku. Yupp tahun lepas bulan 1 aku sah jadi isteri kedua suami aku. Mcm tu lah aku dpt title isteri kedua. Setelah 7 tahun bercinta 8 bulan bertunang. Akhirnya aku jadi isteri kedua. Hahahaahahaha. Pathetic thing happen in my life.

Aku sebenarnya dah tawar hati dgn suami waktu akad nikah. Aku rasa kosong. Bukan ini yang aku nak. Aku betul2 tak dapat terima kenyataan aku kena hadapi benda ni. Tapi aku buat fake. Aku buat lagak aku yang aku OK. Tapi sedangkan semuanya tak ok. Malam lepas majlis. Aku terus buat beberapa perjanjian dgn suami. Org kata kalau ada 2 isteri ni. Kena adil ye dok ? Tapi aku kategori baik hati + tawar hati aku ckp aku nk dia ddk dgn aku 1 hari je dlm sebulan. Hari apa yg dia nk ddk tu ikut lah dia nk bila. Tapi selebihnya mmg aku tak kasi dia masuk rumah. Kami dh ada rumah sewa gais dan nasib baik rumah atas nama aku dan kunci semua aku pegang. So dia mmg tk boleh buat apa. Nafkah tu ikut mana yg dia mampu. Aku pun tk kisah sgt sbb aku ada saving aku sendiri + aku ada pendapatan tetap. Dan ada lain2.

Malam dia dgr perjanjian aku tu. Dia nangis teruk. Dia mintak maaf sujud dkt kaki aku. Aku tak nangis pun. Aku pandang dia mcm tin kosong je. Lalu sepi je dkt telinga aku dgr dia teresak2. Dan malam tu jgk aku sanggup tidur dlm bilik air gais. Sbb tak nak dia sentuh aku. Hahahahaha. Aku tahu aku dh jadi isteri yg derhaka masa first nikah. Tapi aku boleh buat apa. Aku pun manusia biasa. Yang sedang terluka hati dan perasaan.

Setahun lebih dah aku dgn suami aku mcm ni. Kami memang mcm org asing. 1 hari yg dia ddk dkt aku tu hanya cukup syarat je. Aku balik kerja dia tak balik lg. Aku akan tidur bilik no 2 dgn kunci pintu. Aku tetap masak n basuhkan baju dia. Esoknya dia akan balik dkt madu aku. Aku sekarang lg banyak berdikari. Semua aku uruskan sendiri. Suami pun bagi nafkah. Aku simpan je duit tu. Sbb aku tahu madu dgn suami aku lg memerlukan duit lagi2 madu dh nak hampir dgn due date. So incase diaorg tk ckup duit. Aku boleh pulangkan balik duit suami aku tu. (Baik hati lg kan aku ni ?hahahahaha)

Penerimaan keluarga. Masa mula2 dulu. Mak ayah aku dgn adk beradk aku mmg langsung tk nk pandang muka suami aku. Apatah lagi nak berborak. Dan raya tahun lepas n tahun ni aku raya dgn family je tanpa suami. Aku kan isteri kedua. Korang faham jelah. Hahahaha. Apa boleh buat. Dah nasib. Side mentua aku dgn ipar aku. Alhamdulillah diaorg semua syg aku. Mungkin sebab serba salah ank n abg diaorg buat aku. Tapi aku banyak kali ckp. Benda dh lepas jgn diungkit. Mak mentua aku manjang nangis je kalau jumpa aku. Peluk aku. Cium aku. Aku tahu hati kecil mak mentua aku masih lagi rasa bersalah.

Tapi aku nak diaorg redha je. Biar aku je rasa mcm ni. Masa first2 aku tengok family in law aku layan madu aku agk teruk. Tapi aku pujuk diaorg jgn buat mcm tu sbb dia manusia jgk. Aku ?? Dari first sampai hari ni aku tak pernah berckp pun dgn madu aku. Hahahahaahahahah. Balik kg suami pun . Aku akan tidur hotel dgn adk ipar perempuan aku. Mungkin sbb adk ipar aku sama baya dgn aku. Jadi aku selesa dgn dia. Thank you ima for understanding me. Hehehe.

And actually ayah aku ada ckp dgn suami aku. Kalau rasa tak mampu jaga dua isteri. Pulangkan balik anak dia. Suami aku terkedu sbb aku tk pernah pun nak mintak ceria/fasakh. Bagi aku biar dia sendiri tentukan. Hak bercerai kan hak lelaki. Huhuhuhu. Aku ada jgk tunggu kata2 tu dr dia. Tapi tak ada pun so aku pun buat donno jelah. Cuma bila bapak aku ada ckp mcm tu dia ada tanya aku. Apa pilihan aku. Aku ckp terus terang pada dia. Aku pun tak rasa hubungan ni kekal sampai bila2. Jadi aku serahkan kata2 tu dekat dia. Dia nampak faham tapi tak tahu la kan. Dia faham ke idok. Secara jujurnya. Aku pun tak ada rasa syg dgn dia. Hubungan kami atas nama suami/isteri je. Tapi bagi dia. Aku tak tahu la kan.

Aku sekarang masih lagi boleh bernafas sampai hari ni. Alhamdulillah. Allah bagi ujian ni pasti ada hikmahnya. Walaupun ramai kata aku tak nampak ada suami tapi aku tetap jugak mintak kebenaran kalau nak keluar ke apa. Hubungan aku dgn madu memang tak pernah baik. Madu pernah berckp dgn aku tapi buat mcm angin lalu. Aku tak jahat gais. Cuma aku tak rasa nak berbaik lagi. Hati aku ni masih lagi berbekas. Mungkin sampai bila2 pun takkan pulih. Hubungan dgn suami pun mcm dgn madu.

Ckp benda yg perlu je. Tak ada mesra mcm org lain. Masing2 banyak senyap kalau balik rumah mentua/kg dia. Dia ada jgk banyak kali tarik perhatian aku. Tapi mcm aku ckp kan . Aku rasa betul2 kosong. Apa je dia cuba buat tu semua aku pandang nothing. Empty. Huhuhu. Aku banyak dgn kehidupan aku sendiri je. Sikit pun aku tk sentuh kehidupan suami n madu aku. So akhirnya. Aku jadi mcm ni lah. Seorang isteri kedua yang sedang bangun sikit sikit untuk jadikan diri ni kuat.

And korang boleh tak tlg doakan supaya hati aku terus kuat untuk berjalan kehadapan tanpa jatuh ? Macehhhh if you do that. Aku harap ada pengakhiran yang adil untuk aku. Huhu. Aku tak reti bercerita guys. So kalau ada berterabur tu. Maafkan lah sayaaa. Hehehe. Untuk perempuan diluar sana. Mungkin hari ni hari korang buat mcm tu pada org mcm aku tapi dunia sentiasa berpusing girlssss.Watch outttt. Untuk yang seiring dgn jalan cerita aku. Jom lah kita sama2 naik menghadapi dugaan ni. Mungkin kesilapan kita yang lalu buatkan Allah jadikan ujian ni sebagai peringatan. Siapa tahu ? Moga semuanya baik baik sahaja. Moga Allah sentiasa jaga kita. Aminn. Untuk lelaki diluar sana. Aku tak tahu nak ckp macam mana. Tapi jgn seksa perempuan mcm binatang. Kalau kau yakin kau nak. Kau buat betul2. Kalau tak nak tak payah. Kan senang ?jgn nak tunjuk handal sgt. Huhu. Ok tu sahaja aku nak luah n beri nasihat. Thank you korang sudi baca luahan yang tak seberapa ni.

Yang benar,
~Isteri kedua iium via lobak putih
Comments
0 Comments
0 Komentar untuk "Akhirnya saya terpaksa juga teruskan kahwin dengan tunang saya tapi sebagai bini no.2. Sengsara saya terajadi dari malam pertama sampi aku tidur dlm bilik air."

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Copyright © 2014 mediasiber - All Rights Reserved
Template By Catatan Info