Pelajar Cipta iPad Dari Komputer Terpakai

Pelajar Cipta iPad Dari Komputer Terpakai | Seorang pelajar kolej di China telah mencipta sebuah komputer tablet yang menyerupai iPad hanya dengan menggunakan bahan daripada komputer riba terpakai milik teman wanitanya. Wei Xinlong dan Sun Shasha merupakan pelajar senior di Jabatan Seni dan Rekaan di Universiti Changchun, utara China.
Ia mengambil masa selama 10 hari dan menelan belanja sebanyak 800 yuan (RM400) untuk menghasilkan peranti itu dengan berat dan ketebalan yang dilihat serupa dengan produk iPad keluaran Apple Inc. Tablet PC dengan teknologi sesentuh itu membolehkan pengguna untuk membaca, memuat turun, menonton movie dan bermain game.
Menurut Wei, dia tidak cukup duit untuk membelikan sebuah komputer baru buat kekasihnya itu, maka dia mula menciptanya dengan cara mempelajari cara-cara menghasilkan Tablet PC dan iPad daripada rakaman video di internet.
“Papan utama, video card, CPU dan skrin semuanya dari komputer lama yang menelan belanja 500 yuan (RM250)”
“Dan saya membeli skrin sesentuh dan bateri secara online,” tambahnya lagi.
Wei juga menghabiskan banyak masa dan tenaga untuk menghias bahagian luaran tablet PC tersebut kata Sun.
“Inilah hadiah terbaik yang pernah saya terima, dan saya akan menjaganya selama-lamanya” tambah teman wanitanya.
Sumber: Umar Faruq
Comments
1 Comments
1 Komentar untuk "Pelajar Cipta iPad Dari Komputer Terpakai"

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Copyright © 2014 mediasiber - All Rights Reserved
Template By Catatan Info