Anggota Polis Rasuah Dijel, Denda RM25,000

Anggota Polis Rasuah Dijel, Denda RM25,000
JOHOR BAHRU – Seorang anggota polis  dihukum penjara 30 bulan dan denda RM25,000  oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah  didapati bersalah menerima suapan RM4,900  daripada seorang ahli perniagaan hampir lima  tahun lalu.
Hakim Madihah Hairullah turut memerintahkan  Lans Koperal Muhammad Raffi Sarin, 45,  dipenjara tujuh bulan lagi sekiranya gagal  membayar denda berkenaan.
Muhammad Raffi yang sebelum ini bertugas di  Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)  Pontian didakwa menerima wang suapan tersebut  di alamat nombor 516, Jalan Kukup, Pontian di  sini kira-kira pukul 5 petang, 1 April 2007
Wang suapan itu didakwa diterima sebagai  dorongan untuk tidak menangkap seorang ahli  perniagaan, Hang Chiek Siong atas kesalahan  memiliki pil ekstasi.
Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut  Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997  dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16A akta  sama yang membawa hukuman penjara  maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang  daripada nilai suapan atau RM10,000 atau yang  mana lebih tinggi.
Mahkamah bagaimanapun membenarkan rayuan  tertuduh bagi menangguhkan pelaksanaan  hukuman tersebut sehingga rayuan di Mahkamah  Tinggi selesai.
Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa  dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia  (SPRM), Ridzuan Abdul Malik manakala  Muhammad Raffi diwakili peguam Rosli  Kamarudin.

sumber
Comments
0 Comments
0 Komentar untuk "Anggota Polis Rasuah Dijel, Denda RM25,000"

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Copyright © 2014 mediasiber - All Rights Reserved
Template By Catatan Info