LAPORAN media di Amerika Selatan mendakwa juara Eropah, Chelsea dan Atletico Madrid telah mencapai persetujuan awal dalam urusan jual beli penyerang antarabangsa Colombia, Radamel Falcao.
Falcao, 26, meledak hatrik ketika membantu Atletico membenam Chelsea 4-1 pada aksi Piala Super Uefa di Monaco, Jumaat lalu.
Laporan itu menyebut, Falcao bakal ke utara London apabila jendela perpindahan pemain dibuka semula Januari tahun hadapan dengan nilai perpindahan sekitar £48 juta (RM237 juta).
Sumber di Sepanyol pula mendedahkan, Falcao mungkin dilepaskan berikutan masalah kewangan yang melanda Atletico ditambah pula ejennya, Jorge Mendes merupakan individu yang sering membawa masuk pemain baru ke Stamford Bridge.
Sebelum ini beberapa kelab berminat mendapatkan khidmat Falcao antaranya Anzhi Makhachkala dan Barcelona bagaimanapun, dengan kuasa kewangan dimiliki Roman Abramovich berkemungkinan Falcao berhijrah ke England tahun hadapan.-sinar harian
p/s : ada duit..macam-macam boleh buat..tak gitu