- Menghilangkan masalah ketagihan dadah antara perkara paling susah untuk diselesaikan.
- Tokong Thamkrabuk, sebuah tokong Buddha terpencil di Thailand mendapat pengiktirafan dunia sebagai sebuah pusat pemulihan masalah ketagihan dadah terbaik di dunia dan telah menarik ribuan penagih dari Eropah dan Amerika.
- Tokong tersebut yang diuruskan oleh sami-sami Buddha yang masih belia, menyediakan perkhidmatan pemulihan secara percuma. Sejak ditubuhkan pada tahun 1959, mereka telah menerima seramai 100,000 penagih dan 30% daripada penagih menjadi sami selepas itu. Peratus yang berjaya bebas dari dadah adalah 95%.
- Bagaimana mereka lakukannya:
- Sebelum diterima pesakit akan diminta bersumpah untuk menghindari dadah serta arak.
- Pesakit hanya akan dibenarkan menerima rawatan sekali seumur hidup, jika mereka melanggar sumpah, tidak akan diterima lagi untuk mendapatkan rawatan
- Pesakit tidak dibenarkan membawa wang ketika berada di situ.
- Pesakit akan dilayan sama tanpa mengira status samada kaya, miskin, terkenal atau apa saja.
- Mereka dikenakan berpakaian merah dan tidur di asrama untuk bangun awal setiap pagi mengemas dan membersihankan timpat tidur, tandas serta mencuci kawasan tokong.
- Menekankan amalan mengenali diri dan meditasi kepada pesakit
- Dipaksa minum ubat tonik rahsia yang diperbuat daripada 108 ramuan herba. Ramuan tersebut membuatkan penagih terus memancutkan muntah dengan laju mengeluarkan segala racun yang ada di dalam badan mereka.
- Adakah pusat seumpama itu di negara kita? saya dengar ada pondok atau pusat pengajian Islam tradisional di negara kita yang melakukan perkhidmatan yang sama dan agak berjaya.
- Barangkali elok kementerian kesihatan kita atau menteri kebajikan masyarakat melawat ke sana dan mempelajari sesuatu untuk diubahsuaikan di negara kita.
Powered by Blogger.
0 Comments